Empat exco PAS pastikan Pakatan tak tumbang

  • 9 years ago
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan empat exco parti itu bersama menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah untuk memastikan kerajaan Pakatan Rakyat tidak tumbang di Selangor.

Bercakap di TV Harakah selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur, semalam, katanya, keempat exco itu juga tidak mempunyai kepentingan peribadi apabila terus kekal bersama Khalid.