PAS bersama Pakatan selagi tak canggah Quran, Sunnah

  • 9 years ago
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertegaskan sekali lagi - seperti muktamar tahun lalu - bahawa parti itu akan terus dan tetap bersama Pakatan Rakyat selagi tidak menggadaikan prinsip dan dasarnya.

Pada yang sama, beliau menegaskan PAS tidak pernah mencampuri dan meminta rakan sekutu mengkaji dasar sekular yang diperjuangkan oleh mereka.