Azmin mulakan tugas MB S'gor dengan majlis ta'ruf
  • 9 years ago
Menteri besar Selangor yang baru dilantik semalam Azmin Ali hari ini secara rasmi memulakan tugasnya pada jam 7.57 pagi ini

Beliau tiba di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada jam 7.50 pagi, disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat menteri besar.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis ta'ruf bersama pegawai kanan dan ketua jabatan kerajaan di bilik gerakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.