Phahrolrazi nafi PasMa lebih mesra PKR, DAP dari PAS

  • 9 years ago
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjangkakan satu pertemuan akan diadakan dengan pemimpin PAS pada minggu depan.

Menurut Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, beliau berharap pada pertemuan itu segala salah faham termasuk dakwaan bahawa NGO itu lebih mesra dengan PKR dan DAP berbanding PAS dapat diselesaikan.