'DAP lebih mewakili Malaysia, dari PKR, PAS'

  • 9 years ago
Sasterawan Negara,A Samad Said berkata beliau mengambil keputusan untuk menyertai DAP kerana melihat parti itu lebih mewakili Malaysia secara keseluruhan, berbanding PAS dan PKR.

Tambahnya, beliau berminat dengan parti itu bermula sejak dua tahun lalu namun, hanya bersama parti itu tiga minggu lepas apabila Penasihat Parti itu, Lim Kit Siang memberi saranan kepada dia untuk menjadi ahli.