Speaker: Ahmad Maslan tak kelirukan Dewan Rakyat

  • 9 years ago
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang mahu merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen.

Katanya, Ahmad Maslan tidak berniat mengelirukan dewan sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tentang hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 6 November lalu.