S'gor tetapkan garis kemiskinan S'gor pada RM1,500

  • 9 years ago
Menteri Besar Mohamad Azmin Ali berkata kerajaan negeri tidak akan mengguna-pakai paras garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan iaitu pada RM520 tetapi sebaliknya menetapkan mereka yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sebagai miskin tegar.

Katanya, berdasarkan paras itu 30 peratus penduduk di Selangor dikategorikan sebagai miskin dan kerajaan negeri percaya garis baru itu adalah sesuatu yang realistik dan bertanggungjawab berbanding dengan garis yang diguna-pakai oleh Putrajaya.