'Garis panduan KKM bodoh, punca tibi meningkat'

  • 9 years ago
Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) hari ini mengecam Garis Panduan Fi 2014 Fasal 10 yang dikeluarkan oleh kementerian Kesihatan kerana didakwa boleh menyebabkan kes penyakit tibi di Negara ini meningkat.

Fasal 10 dalam Garis Panduan tersebut mewajibkan kakitangan kerajaan melaporkan pekerja asing yang tiada dokumen perjalanan yang sah kepada pihak polis atau imigresen.