Penunjuk perasaan, polis bertempur di Hong Kong

  • 9 years ago
Ratusan pembantah pro-demokrasi Hong Kong bertempur dengan polis yang menggunakan penyembur pemedih mata ketika mereka cuba mengepung pejabat kerajaan.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar berusaha untuk melepasi kepungan polis yang mengawal pejabat Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying.