ADUN: Pakatan janji jawatan timbalan speaker kepada DAP

  • 9 years ago
ADUN DAP Ng Suee Lim berkata, DAP akan tetap meminta jawatan timbalan speaker kedua daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana, beliau berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini pernah menjanjikan jawatan itu kepada DAP.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut bersama Azmin.