Zunar ditangkap semula selepas bayar jaminan

  • 9 years ago
Dituduh di mahkamah kerana Twitter, ditahan di balai polis kerana Facebook.

Begitulah nasib melanda Kartunis kontroversi Zunar yang ditahan polis kira-kira 30 minit selepas menyelesaikan urusan jaminan bagi sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini..

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi untuk disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia berikutan tulisan di Facebook.

Setakat ini masih tidak diketahui tulisan yang mana satu dirujuk oleh pihak polis.