Helikopter terhempas selepas penstabil terjatuh

  • 9 years ago
Laporan awal siasatan nahas udara helikopter dinaiki Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 4 April lalu menunjukkan gear pendaratan kiri helikopter telah terbenam ke dalam tanah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang akhbar berkata, keadaan itu mungkin menyebabkan penstabil pada helikopter rosak semasa mendarat di Sekolah Rendah Ladang Kota Bahagia di Muadzam Shah, sebelum terhempas di Semenyih.