Pakatan berkubur: Pemimpin PKR kunci mulut

  • 9 years ago
Pemimpin kanan PKR memilih untuk tidak mengulas mengenai kenyataan DAP yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah terkubur semalam.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang diasak wartawan berhubung pendirian parti itu setelah biro politiknya bermesyuarat malam semalam, sekadar memberitahu bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan.