Ahli Majlis Tertinggi Umno 'kunci mulut' lepas mesyuarat di PWTC
  • 3 years ago
Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno 'mengunci mulut' dan tidak memberi sebarang komen kepada media yang setia menunggu di PWTC sejak awal untuk mendapatkan perkembangan keputusan lembaga tertinggi parti itu.

Mesyuarat itu diadakan sejurus mesyuarat ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang diadakan di tempat sama bagi menentukan halatuju gabungan itu dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu dalam satu kenyataan media, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.