HILANG SEGALANYA ANGKARA N4FSU AMARAH - Cerita Dalam Kain

  • 10 bulan lalu
Gagal mengawal emosi selepas keluarga dihina hingga tercetus pergaduhan membawa Ika terkurung 16 tahun di sebalik tembok besi. Dia akui segala dosanya dan kini pasrah menerima segalanya. Redha mudah disebut tetapi dirinya mengambil masa lebih dua tahun di sebalik tembok besi untuk menerima keadaan terkurung yang memisahkan dirinya dan keluarga untuk tempoh panjang ini. Bahkan penjara banyak mengajarnya erti sabar dan berharap diberi peluang kedua untuk berbakti kepada ibu bapa apabila dibebaskan kelak.