Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin told the Dewan Rakyat on Thursday (Nov 14) that Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Military Training Academy would have a 50% increase in trainers to tackle the recent rise in bullying cases.
Read more at https://shorturl.at/H5plA
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Read more at https://shorturl.at/H5plA
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Berikut merupakan antara tindakan penambahbaikan,
00:04serta mekanisme pencegahan yang telah dan sedang diambil bagi mengelakkan perkara ini berulang.
00:11Pertama, pihak ATM telah menambah perjawatan pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang ditugaskan di ALK.
00:22Pertambahan penjawatan ini melibatkan pegawai dan LLP ataupun lain-lain pangkat.
00:30Daripada 31 orang pegawai sebelum ini, ia telah ditambah kepada 48 orang pegawai,
00:37dan daripada 124 orang LLP ditambah kepada 182 orang LLP.
00:45Dari jumlah keseruhan tersebut, 24 orang pegawai dan 48 orang LLP telah dilantik sebagai jurulatih.
00:55Pelantikan jurulatih ini bagi meringankan beban seorang jurulatih untuk memantau 20 orang pegawai kadet dengan nisbah 1 ke 20.
01:07Penambahan jumlah jurulatih ini juga membolehkan pecahan untuk kawalan pentadbiran pegawai kadet dibuat dalam kumpulan yang lebih kecil,
01:16yaitu daripada 4 batalion kepada 8 company,
01:20yang mana 1 batalion dengan jumlah maksimum 320 pegawai kadet kepada 1 company dengan hanya 150 pegawai kadet,
01:30bagi tujuan pemantauan yang lebih rapi.
01:34Selain itu, tempoh perkhidmatan pegawai dan lain-lain pangkat yang ditempatkan juga dihadkan kepada antara 3 hingga 4 tahun
01:44untuk menentukan prestasi sebagai jurulatih sentiasa di tahap yang tertinggi.
01:50Pada masa sama, semua jurulatih perlu menghadiri dan lulus lembaga pemilihan dan penempatan jurulatih,
01:59serta bebas daripada sebarang masalah disiplin.
02:03Kedua, pihak ATM juga telah menetapkan seorang jurulatih bertugas bagi setiap company
02:11bagi membolehkan pemantauan pegawai kadet yang lebih teliti setiap hari.
02:17Ketiga, jurulatih bertugas telah diarahkan untuk melakukan rondaan kepenginapan pegawai kadet selepas jam 11.59 malam setiap hari.
02:30Keempat, bermula bulan Februari 2023, sebanyak tujuh kamera letar tertutup di beberapa aras blok penginapan telah dipasang
02:40dan mengesan aktiviti yang mencurigakan.
02:43Kementerian sedang merancang untuk menambah jumlah ini mengikut keperluan dan kesesuaian.
02:50Kelima, larangan terhadap aktiviti penderaan sememangnya dikuatkuasakan dalam Perintah Tetap Pegawai Kadet
02:58sejak penubuhan ALK yang sentiasa diulangi dalam Perintah Harian Company
03:06dan tindakan pemberhentian akan dilaksanakan terhadap pegawai kadet yang didapati bersalah.
03:13Keenam, bermula April 2024, telah dilakukan pengasingan pegawai kadet tahun satu di Bukit Putra
03:22dan diletakkan di bawah kelolaan jurulatih sepenuhnya memandangkan golongan ini biasanya menjadi sasaran.
03:30Ketujuh, pemeriksaan fizikal berkala kepada pegawai kadet bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan yang boleh mendatangkan kecederaan.
03:41Kelapan, sesi pertemuan di antara pegawai kadet dan pihak tertinggi ALK secara eksklusif
03:49diadakan untuk memberi ruang bebas tanpa perasaan takut atau sebagainya
03:54bagi mendapatkan maklumat salah laku dalam kalangan pegawai kadet
03:59bagi mengatasi isu keengganan pegawai kadet melapor kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya.
04:12Adakah perlu merombakkan penambahan untuk menjaga semua?
04:17Apa yang berlaku pada minggu lepas?
04:20Insiden seorang pegawai kaunseling ATM sendiri mengasari seorang motivator dan juga seorang veteran bekal pegawai.
04:30Pegawai kaunseling yang saya tahu dia hadir untuk memberi kaunseling kepada pegawai-pegawai kadet
04:37di akademik latihan ketenteraan inilah
04:39tapi dia pula kena belasah
04:41itu saya syorkan bukan saja pegawai-pegawai kadet diberi kaunseling
04:44pegawai-pegawai bukan yang baru menteri katakan ada penambahan ini
04:49yang lama-lama pun perlu
04:50diberi kaunseling ataupun ditukar
04:52sebab zaman saya ini saya berbual dengan kawan-kawan
04:56kita ini bekas memang daripada maktak tenter memang ada
04:58reging-reging ini
04:59tapi tak adalah sarkastik sampai guna ayun
05:02dan janganlah ayun pun nak diharamkan
05:04sebab budak-budak ini kena ayun baju
05:06mohon penjelasan kepada menteri
05:36ada kes-kes yang berlaku dalam masa beberapa minggu atau bulan yang lepas
05:45tentunya kita akan beri perhatian dan akan meneliti
05:48apakah punca, apakah kelemahan dan tindakan-tindakan yang sewajarnya akan diambil
05:54karena seperti yang telah saya katakan di peringkat awal tadi
05:57kemencam tahanan kita tidak berkompromi
06:00dalam soal-soal buli ataupun penderaan ini
06:03memang benar
06:04latihan ketenteraan sangat berat dan sebagainya
06:08tetapi tidaklah sampai kepada buli
06:11ataupun berlakunya kekerasan dan sebagainya
06:16jadi saya beri jaminan di situ