Pembangunan ekonomi biru perlu bersifat lestari

  • 2 bulan lalu
Pembangunan ekonomi biru perlu dilaksanakan berpandukan prinsip-prinsip kelestarian yang teguh, seperti pelaksanaan kawalan pencemaran marin, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang tegas.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr. Mohd Hairil Mohd prinsip kelestarian ini perlu dimartabatkan agar aktiviti ekonomi di kawasan laut dan pesisir bukan sahaja memberikan keuntungan ekonomi tetapi juga memelihara keseimbangan ekosistem dan mengekalkan biodiversiti.

Disyorkan