Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - Anwar

  • 10 hari lalu
BERITA SEMASA 10 MEI 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak termasuk di peringkat universiti untuk membina ekosistem kecerdasan buatan (AI), sekali gus memperkukuhkan teknologi berkenaan dalam negara.

Anwar berkata, perlu wujud rencana segera seperti mengubah pendekatan dalam pendidikan agar ia tidak membosankan tanpa meminggirkan penekanan terhadap penguasaan Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Jelas beliau, tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/664005/berita/nasional/malaysia-harus-bina-ekosistem-mantap-pacu-perkembangan-ai---pm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #AI #ArtificialIntelligence #AnwarIbrahim #PerdanaMenteri