Dulu berniaga guna motosikal, kini miliki kilang sendiri
  • 7 hari lalu
Dulu berniaga guna motosikal, kini miliki kilang sendiri

BERITA SEMASA 14 APRIL 2024

Bermula berniaga dari rumah ke rumah menggunakan motosikal, kini seorang pesara tentera boleh berbangga apabila mampu memiliki kilang memproses produk berasaskan soya sendiri, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Lebih membanggakan apabila perusahaan milik pasangan suami isteri Zuhaymee Mustapa, 54, dan Nor Aza Jais, 50, yang diusahakan sejak tahun 2017 itu masih berdiri teguh.

Malah produk keluaran syarikatnya, Mie Soya Enterprise iaitu air soya, taufufa, tauhu dan tempe turut mendapat permintaan ramai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659302/edisi/melaka-ns/dulu-berniaga-guna-motosikal-kini-miliki-kilang-sendiri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian