Syawal lebih bermakna buat lima beradik yatim piatu
  • 12 hari lalu
BERITA SEMASA 9 APRIL 2024

Syawal tahun ini lebih bermakna buat lima beradik yatim piatu setelah menerima baucar membeli-belah bernilai RM1,200 di Econsave Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Anak sulung, Nurul Fatin Hanani Azmi, 23, berkata, setakat ini hanya membuat persiapan ala kadar, namun tidak menyangka terpilih menerima sumbangan baucar Dana Econsave Prihatin dan berpeluang membeli barangan keperluan harian dan hari raya.

Sementara itu, Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan berkenaan bagi menyantuni anak yatim piatu selain mengurangkan bebanan yang ditanggung Nurul Fatin bagi menyara empat adiknya yang berstatus yatim piatu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658721/edisi/utara/syawal-lebih-bermakna-buat-lima-beradik-yatim-piatu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Econsave #syawal