Sebatang lemang semangkuk rendang untuk asnaf
  • 11 hari lalu
BERITA SEMASA 10 APRIL 2024

Program Sebatang Lemang Semangkuk Rendang yang dimulakan sejak tahun dua ribu dua puluh tetap diteruskan kerana masih mendapat permintaan daripada anak-anak yatim dan asnaf, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Seorang usahawan, Borhan Mohd Yatim yang mencetuskan idea tersebut mengakui pada awalnya tahun ini inisiatif tersebut tidak mahu diteruskan disebabkan kesibukannya menguruskan perniagaan.

Namun atas permintaan daripada mereka yang memerlukan termasuklah penyumbang, inisiatif itu akhirnya diteruskan demi menceriakan suasana hari raya golong kurang berkemampuan pada tahun ini.

Bagi penerima pula, mereka tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan berterima kasih atas sumbangan yang sangat bermakna sempena hari raya Aidilfitri ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Lemang #Asnaf