Usahawan asnaf tak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan
  • 12 hari lalu
BERITA SEMASA 9 APRIL 2024

Permintaan tinggi terhadap produk industri kecil dan sederhana atau IKS menjelang Hari Raya Aidilfitri membuatkan usahawan asnaf di Perak turut tidak menang tangan memenuhi permintaan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Pisang sira dan kerepek pisang antara produk paling laris menjadi permintaan orang ramai sempena perayaan kali ini.

Bagi seorang usahawan, Siti Zahira Ismail, produk tersebut merupakan antara permintaan paling tinggi diterima di bawah jenama Akak Lejen yang menaungi kumpulan usahawan-usahawan asnaf.

Pisang sira paling mendapat permintaan apabila sehingga kini lebih 200kg sudah terjual dan terus mendapat tempahan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Perak #Usahawan #Asnaf