World #QuranHour sedarkan umat Islam yang lena bangkit dengan al-Quran
  • 23 hari lalu
World #QuranHour sedarkan umat Islam yang lena bangkit dengan al-Quran

BERITA SEMASA 4 APRIL 2024

World #QuranHour kesembilan yang mengangkat tema ‘Ummah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial’ dengan berpandukan surah al-Jumu’ah menyedarkan umat Islam agar bangkit bersama al-Quran.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, Surah al-Jumu'ah yang dipilih juga bertepatan dengan konsep kesatuan ummah yang amat diperlukan ketika ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengakui teruja dan terharu apabila kali pertama berkesempatan bersama-sama ribuan peserta bagi menyertai World #QuranHour.

Menurutnya, pendekatan mengangkat surah al-Jumu'ah sempena acara kali ini membantu masyarakat Islam bersama-sama memahami makna kandungan sebagai panduan dalam kehidupan.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/658188/khas/wacanaquran/bersyukur-berpeluang-sertai-world-quranhour---young-syefura

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #World #QuranHour
#Ummah #GrandReset #SurahAlJumuah