Enam rakan buat projek bersih kubur bermodalkan RM50

  • bulan lalu
Enam rakan buat projek bersih kubur bermodalkan RM50

BERITA SEMASA 4 APRIL 2024

Enam rakan sebaya memilih untuk mengambil upah membersihkan tanah perkuburan di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dengan hanya bermodalkan RM50.

Projek berkenaan disertai Tengku Haqimi Putra, Tengku Hamidi Hafizzudin Md Din, Ahmad Mustaqim Ishak, Muhamammad Arif Azmi, Muhammad Lokman Sabidi dan Muhammad Fahmi Roslan yang masing-masing berusia 22 tahun.

Menurut Tengku Haqimi, idea itu tercetus selepas dia diminta untuk membantu membersihkan kubur sepupunya yang terletak di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim di Ladang, Kuala Terengganu pada pertengahan Februari lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658162/Enam-rakan-buat-projek-bersih-kubur-bermodalkan-RM50

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #projekbersihkubur