88 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan sehingga 29 Februari 2024 - Aiman Athirah

  • 2 bulan lalu
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Aiman Athirah memaklumkan bahawa sehingga 29 Februari 2024, sebanyak 88 projek bersamaan 10,560 unit perumahan swasta telah berjaya dipulihkan dengan nilai pembangunan kasar, RM8.23 bilion

Projek yang berjaya dipulihkan ini termasuk 81 projek yang berjaya mendapat Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), lima projek yang lewat kembali lancar serta dua projek terbengkalai yang berjaya dipulihkan.

#AWANInews