Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan
  • bulan lalu
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan memberi kerjasama penuh kepada pengawal pantai Amerika Syarikat bagi menjalankan siasatan selepas sebuah kapal yang berdaftar di Singapura melanggar Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland.

Agensi itu berkata ia juga akan menyiasat insiden melibatkan dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan pada Selasa.