[TERKINI] Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Februari 2024
  • 28 hari lalu
Peningkatan 2.7 peratus bagi Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (Januari 2024: 2.0%) disumbangkan oleh subkumpulan utama Bekalan air & pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman pada 29.7 peratus (Januari 2024: 9.3%). Ini berikutan pelaksanaan pelarasan tarif air mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi kategori pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa 1 Februari 2024.