Attar teruja masuk sekolah baharu
  • bulan lalu
BERITA SEMASA 19 MAC 2024

Meskipun sedikit lewat memulakan sesi baharu persekolahan, Attar Azim Syukran Jamil tetap teruja menghadiri kelas di sekolah baharunya di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Utara dekat Sungkai pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Anak yatim piatu berusia sembilan tahun itu mendaftarkan diri sebagai murid Tahun Tiga di sekolah berkenaan selepas urusan pertukaran sekolah dari SK Desa Pandan, Kuala Lumpur selesai semalam.

Insiden yang menimpa Attar Azim mendapat perhatian umum selepas kehilangan semua empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam kemalangan di Kuala Krai, Kelantan pada 2 Mac lalu.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/655319/edisi/perak/attar-teruja-masuk-sekolah-baharu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #persekolahan #AttarAzim