Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin

  • 2 bulan lalu
Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin

BERITA SEMASA 11 MAC 2024

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, siasatan terhadap ucapan ahli akademik, Professor Teo Kok Seong mengenai isu Sekolah Vernakular baru sahaja dibuka.

Beliau berkata, Teo disiasat dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Minggu lalu, Teresa Kok (Harapan-Seputeh) menggesa pihak polis menyiasat ahli akademik, Teo berhubung rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SekolahVernakular