KEMUNCULAN MUA Bellaz dalam dunia persolekan menjadi viral berikutan kepetahannya ketika mengadakan sesi tutorial mekap secara live menerusi media sosial miliknya
  • 2 bulan lalu
KEMUNCULAN MUA Bellaz dalam dunia persolekan menjadi viral berikutan kepetahannya ketika mengadakan sesi tutorial mekap secara live menerusi media sosial miliknya.

Sehingga kini, beliau berjaya meraih 2.4 milion pengikut di Instagram.

Pada masa sama, usahawan kosmetik itu juga bertuah dikurniakan empat cahaya mata yang cantik manis dan comel-comel belaka.

Paling mencuri tumpuan adalah kelibat beliau beraksi di hadapan kamera bersama anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa atau mesra disapa Wara.

Digelar anak online, kepetahan dan kebijaksanaan Wara yang baharu setahun lebih usianya benar-benar membuatkan ramai kagum.

Terbaharu dua beranak itu dipilih sebagai penghias muka depan SinarPlus.

Jika segelintir selebriti memilih untuk privatekan kehidupan mereka daripada orang ramai, berbeza dengan Bellaz.

Malah, warga maya cukup suka melihat beliau tampil di media sosial bersama anak bongsunya itu. Apa agaknya ciri fizikal yang ada pada Wara yang menjadi kesukaan Bellaz?

Ibu kepada empat cahaya mata itu turut berkongsi momen paling romantik yang suami pernah lakukan untuknya. Apakah momen tersebut?

Ketahui juga, siapakah Bellaz andai beliau tidak bergelar pempengaruh media sosial seperti sekarang?

Untuk mengetahui setiap satu jawapan tersebut, jom tonton video ini.

Bagi yang ingin membaca kisah beliau boleh layari laman web. sinarplus.sinarharian.com.my dan seluruh socmed SinarPlus di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads.

#muabellaz #wara #anakonline #usahawan #selebriti #anak #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: NUR NABILAH ZULYADAINI (@muabellaz)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF ( @honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR (@asrilaswandi)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
Lokasi: STUDIO A, SINAR KARANGKRAF, SHAH ALAM, SELANGOR
Disyorkan