China hargai pendirian Anwar mengenai 'fobia-China'

  • 2 bulan lalu
BERITA SEMASA 8 MAC 2024

China menghargai pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ‘fobia-China’ oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, menurut Menteri di Kedutaan China di Malaysia, Zheng Xuefang.

Beliau berkata, kenyataan Anwar itu mencerminkan hasrat negara-negara membangun dalam merealisasikan matlamat kemerdekaan dan pembangunan mereka.

Xuefang berkata, Malaysia adalah jiran mesra China yang bersandarkan diplomasi kejiranan China, sambil menambah bahawa ia akan terus bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653397/berita/nasional/china-hargai-pendirian-anwar-mengenai-fobia-china

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #china #malaysia #PMX