Rusia, China sepakat bangunkan loji kuasa nuklear di bulan sedekad lagi

  • 2 bulan lalu
Rusia dan China sedang mempertimbangkan untuk meletakkan loji kuasa nuklear dan penempatan di bulan dari tahun 2033-35.

Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia (ROSCOSMOS), Yuri Borisov berkata, bahawa Rusia dan China telah bekerjasama dalam program lunar dan Moscow akan dapat menyumbang dengan kepakarannya mengenai tenaga angkasa nuklear.