KEB 2024: TEB jamin hak Bumiputera dalam agenda ekonomi negara - TPM Ahmad Zahid
  • 2 bulan lalu
Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) bakal menjadi dasar untuk menjamin penglibatan dan hak Bumiputera dalam agenda ekonomi negara, selain memastikan wujudnya kesalingan atau sinergi dengan bukan Bumiputera.

Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga, TEB bertunjangkan pada tiga teras utama iaitu: Keadilan Sosio-Ekonomi; Kemampanan Negara Bangsa; Kemakmuran Negara dan Kesejahteraan Rakyat.