Tak pernah mengaku bercinta, Sharnaaz tiada komen ‘unfollow’ Amelia Christie di IG
  • bulan lalu
PELAKON Sharnaaz Ahmad memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan dia dan aktres Amelia Christie saling ‘unfollow’ akaun Instagram.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin member fokus kepada karier dan anak lelaki tunggalnya.

Aktor itu juga berkata, fokusnya kini adalah terhadap anaknya iaitu Jebat Jayden yang sudah masuk ke alam persekolahan.
Disyorkan