'Kita harap sangat enam laluan gajah ini segera ditutup'
  • 2 bulan lalu
BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2024

Kehadiran sekawan gajah memasuki kawasan tanaman kelapa sawit di Felda Lasah di sini menggusarkan peneroka dan pemilik ladang yang terpaksa berdepan risiko keselamatan serta kerugian akibat haiwan liar itu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Seorang pengusaha tanaman kelapa sawit, Syed Rosli Syed Osman, 52, berkata, biarpun ada parit besar yang dibina sepanjang kira-kira 10 kilometer, namun terdapat sekurang-kurangnya enam laluan untuk haiwan tersebut masuk ke kawasan tanaman.

Menurutnya, enam laluan tersebut kebanyakannya di kawasan yang mempunyai kedalaman cetek menyebabkan gajah dapat menyeberang.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/650859/edisi/perak/kita-harap-sangat-enam-laluan-gajahnbspini-segera-ditutup

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #gajah #kelapasawit #peladang