Ahmad Zahid dianugerah ijazah kedoktoran kehormat

  • 3 bulan lalu
Ahmad Zahid dianugerah ijazah kedoktoran kehormat

BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2024

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejuruteraan daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT), Tokyo sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun.

Penganugerahan itu juga berikutan usaha berterusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus menjadi platform meningkatkan kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri kedua-dua pihak.

Ijazah Kedoktoran Kehormat berkenaan disampaikan oleh Presiden SIT, Prof Dr Jun Yamada kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650282/berita/nasional/ahmad-zahid-dianugerah-ijazah-kedoktoran-kehormat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #ZahidHamidi #AnugerahKehormat