Gadis Switzerland teruja gagau ikan dalam selut
  • 2 bulan lalu
Gadis Switzerland teruja gagau ikan dalam selut

BERITA SEMASA 18 FEBRUARI 2024

Aktiviti menggagau ikan dalam kolam berselut berikutan cuaca panas di Kedah menjadi pengalaman tidak boleh dilupakan dua pelajar dari Switzerland yang menyertai Pesta Gagau Ikan 2024, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Peserta, Lila Collette, berkata, dia berasa amat teruja dan seronok untuk menimba pengalaman baharu melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan itu.

Menurutnya yang merupakan pelajar University of Lausanne, Switzerland, dia gembira berpeluang menggagau ikan di Kedah memandangkan aktiviti itu tidak dilakukan negara Eropah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650134/edisi/utara/gadis-switzerland-teruja-gagau-ikan-dalam-selut

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #GagauIkan #Kemarau #Switzerland