Semua prosiding kes Muhyiddin digantung
  • 2 bulan lalu
Semua prosiding kes Muhyiddin digantung

BERITA SEMASA 15 FEBRUARI 2024

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Khamis membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM200 juta, dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Ia sementara menunggu rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya atas pembebasan bekas Perdana Menteri ini, atas empat kes menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649721/berita/semasa/semua-prosiding-kes-muhyiddin-digantung

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #prosidingkesMuhyiddindigantung #Muhyiddin