Amalan tidak melantik ahli politik sebagai menteri agama harus dikekalkan - Sultan Selangor
  • 2 bulan lalu
BERITA SEMASA 15 FEBRUARI 2024

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap agar amalan melantik menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam bukan dalam kalangan ahli politik diteruskan.

Sultan Sharafuddin bertitah, ia agar isu-isu berkaitan Islam tidak dijadikan bahan politik dan menteri berkenaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam menyelesaikan pelbagai isu melibatkan umat Islam.

Baginda turut menyarankan kelayakan akademik berasaskan ijazah Pendidikan Islam perlu dijadikan kriteria utama dalam melantik seorang menteri agama.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #menteriagama #politik