Perlawanan JDT-Chapecoense batal

  • 3 bulan lalu
Impian peminat bola sepak negara untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara kelab Brazil, Chapecoense dan JDT di Stadium Larkin, Johor tidak kesampaian atas sebab tidak dinyatakan secara rasmi.

Tawaran mengadakan perlawanan persahabatan itu merupakan penghargaan buat JDT milik Tunku Mahkota Johor selepas baginda menghulurkan bantuan pembangunan semula buat kelab juara Copa Sudamericana itu.

Pada 2016, tragedi rempuhan pesawat yang dialami kelab Chapecoense ketika dalam perjalanan ke aksi final Copa Sudamericana memberi impak besar kepada peminat bola sepak seluruh dunia.

Insiden di Colombia itu menyaksikan 19 daripada 22 pemain pasukan berkenaan maut bersama penumpang lain.

Disyorkan