Kerajaan sekali lagi terima tempias keputusan petisyen Nik Elin
  • 2 bulan lalu
Kerajaan sekali lagi terima tempias keputusan petisyen Nik Elin

BERITA SEMASA 12 FEBRUARI 2024

Kerajaan Perpaduan sekali lagi menerima tempias berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 terhadap petisyen yang dikemukakan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Sebaik sahaja mahkamah mendedahkan keputusan itu, ramai pihak termasuk ahli politik khususnya daripada blok pembangkang seperti bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad tidak bersetuju dengan pembatalan berkenaan.

Sebelum ini, Pas menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat yang membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai sejarah hitam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649093/berita/nasional/kerajaan-sekali-lagi-terima-tempias-keputusan-petisyen-nik-elin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #beritasemasa #pembatalan16enakmensyariah #NikElinZurina