'Ada pelanggan marah jual sate 70 sen'
  • 3 bulan lalu
'Ada pelanggan marah jual sate 70 sen'

BERITA SEMASA 5 FEBRUARI 2024

Ketika kebanyakan peniaga lain memilih untuk menaikan harga jualan berikutan kenaikan harga barang di pasaran, sepasang suami isteri di Rembau memilih untuk kekal menjual secucuk sate ayam pada harga serendah 70 sen, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Niat Noriza Heryati Mohamad Zukri dan suami, Izzat Amir Adam, menjual sate dengan harga mampu milik berkenaan bagi membolehkan semua orang dapat merasa.

Malah ada pelanggan yang mempersoalkan harga sate tersebut kerana menyifatkannya murah.

Terdapat enam jenis sate yang dijual di gerainya di Taman Dato Lela Maharaja Chembong, Rembau termasuk sate perut RM1.20 secucuk dan sate pedal ayam RM1.30 secucuk.

Setiap hari dia mampu menjual sebanyak 800 cucuk sate dengan permintaan sate ayam yang paling tinggi

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647987/edisi/melaka-ns/ada-pelanggan-marah-jual-sate-70-sen

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sate70sen #satemurah