Najib dapat pengampunan, bebas pada tahun 2028
  • 3 bulan lalu
Najib dapat pengampunan, bebas pada tahun 2028

BERITA SEMASA 2 FEBRUARI 2024

Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Menurut kenyatan yang dikeluarkan oleh urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang telah bersidang pada 29 Januari lalu.

Namun jika denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi beliau akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647588/berita/nasional/najib-dapat-pengampunan-bebas-pada-tahun-2028

#SinarHarian #BeritaSemasa #pengampunanNajib
Disyorkan