Tiada sebarang pemotongan, wang BAP harus RM150 - Fadhlina
  • 3 bulan lalu
Tiada sebarang pemotongan, wang BAP harus RM150 - Fadhlina

BERITA SEMASA 2 FEBRUARI 2024

Sekolah yang membuat pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diarahkan untuk mengembalikan wang tersebut kepada murid yang terlibat.

Tegas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, wang BAP sepatutnya diberikan mengikut amoun yang telah diputuskan kerajaan iaitu RM150 kepada setiap murid.

Bagaimanapun, sekiranya masih terdapat sekolah membuat pemotongan terhadap wang BAP, ibu bapa dinasihati agar mengemukakan aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647514/berita/nasional/kembalikan-semula-wang-bap-dipotong

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BAP #wangBAPdipotong