Adakah Penyakit Kusta Sudah Lupus?
  • 3 bulan lalu
Adakah Penyakit Kusta Sudah Lupus?

KUSTA atau penyakit hansen merupakan salah satu penyakit klasik di dunia. Dilaporkan ia telah meragut berjuta-juta nyawa penduduk dunia.

Selain tibi, penyakit kusta merupakan penyakit berjangkit tertua. Kini, ramai yang menganggap penyakit kusta sudah lupus kerana kurang mendengar cerita tentang penyakit tersebut.

Menurut statistik, kes penyakit kusta baharu di Malaysia mecatatkan peningkatan iaitu daripada 142 kes pada tahun 2021 kepada 164 kes tahun lepas, yakni peningkatan sebanyak 15.5 peratus.

Di peringkat global pula, penyakit tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 10.2 peratus daripada 128,405 kes baharu pada tahun 2020 kepada 140,594 kes pada tahun 2022.

Bagi memperingati mereka yang terkesan akibat penyakit tersebut dan memberi kesedaran awam kepada masyarakat bersempena Hari Kusta Sedunia yang disambut pada penghujung Januari setiap tahun, kami bincangkan berkenaan penyakit purba yang telah menjadi endemik di negara ini.

Untuk mengupas topik tersebut dengan lebih lanjut, kami bawakan Pakar Dermatologi dan Perubatan Dalaman, serta Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan, UiTM Sungai Buloh, Hospital al-Sultan Abdullah, Puncak Alam dan UiTM Private Specialist Centre,
Dr Sabrina Ab Wahab.

#DoktorDanAnda
#DNA
#sinarplus
#sinarharian