Anggota polis trafik tular minta wang direman tiga hari lagi

  • 4 bulan lalu
Anggota polis trafik tular minta wang direman tiga hari lagi

BERITA SEMASA 30 JANUARI 2024

Tiga anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ketiga-tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 37 hingga 42 tahun.

Ketiga-tiga mereka telah direman selama tiga hari bermula Selasa bagi siasatan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini tersebar video pasangan pelancong dari UK disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju, namun polis terbabit memberitahu mereka boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di situ.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647014/berita/semasa/minta-wang-rm100-tiga-anggota-trafik-ditahan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #AnggotaTrafik #Direman #PelancongUK