Ladang nanas MD2 'istimewa' dari penjara
  • 3 bulan lalu
BERITA SEMASA 26 JANUARI 2024

Inisiatif Penjara Sungai Petani melakukan transformasi ke atas 0.8 hektar kawasan semak samun kepada penanaman 30,000 pokok nanas MD2, membuktikan keupayaan dalam menjana ekonomi negara, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Bukan sahaja mendapat permintaan tinggi di pasaran disebabkan rasa yang lebih manis dari kebiasaan, vareiti nanas MD2 ini juga popular dalam kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Penjara Sungai Petani, Penolong Komisioner Abd Zaini Ibrahim berkata, tidak hanya bertujuan memenuhi permintaan pasaran, malah kewujudan Taman Agro-Aqua Culture dan Rekreasi ini juga dijadikan terapi pemulihan bagi 30 penghuni berusia 40 ke atas menanam nanas dan pelbagai aktiviti lain.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/646312/edisi/utara/ladang-nanas-md2-istimewa-dari-penjara

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #ladangnanas #pertanian #penjara #nanasmd2