Tun M sahkan beri kenyataan kali ke-10 kepada polis
  • 3 bulan lalu
Tun M sahkan beri kenyataan kali ke-10 kepada polis

BERITA SEMASA 23 JANUARI 2024

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau diperlakukan seperti penjenayah selepas 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lepas.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, boleh dikatakan beliau pasti akan disiasat setiap kali mengeluarkan kenyataan, sedangkan ada pihak lain yang mengeluarkan kenyataan perkauman tidak disiasat.

Menurutnya, yang terbaharu, polis mengambil keterangan beliau berkaitan kenyataannya mengatakan masyarakat India di Malaysia tidak setia kepada negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645864/berita/semasa/tun-m-sahkan-beri-kenyataan-kali-ke-10-kepada-polis

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #TunM #PDRM