Pemisahan kuasa agensi perundangan jenayah memang sudah wujud - Penganalisis

  • 4 bulan lalu
Pensyarah Jabatan Amalan Perundangan, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM), Prof. Madya Dr. Abdul Rani Kamarudin berkata pemisahan kuasa antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), pendakwa raya dan mahkamah memang sudah sedia ada wujud bagi memastikan proses perundangan yang telus. Jelasnya, beban pembuktian bagi pihak pendakwaan juga sudah memadai dalam memastikan hak individu dituduh terbela.