'Saya mudah untuk disiasat kerana kerajaan ada kuasa' - Tun M
  • 3 bulan lalu
'Saya mudah untuk disiasat kerana kerajaan ada kuasa' - Tun M

BERITA SEMASA 22 JANUARI 2024

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau sukar disiasat oleh pihak berkuasa negara ini.

Sebaliknya kata bekas Perdana Menteri itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Pesurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang sukar untuk disiasat.

"Saya mudah untuk disiasat kerana kerajaan mempunyai kuasa. Saya tidak ada kuasa.

"Yang susah nak siasat adalah Perdana Menteri (Anwar), 'kepala' SPRM, pegawai tertinggi dalam kerajaan seperti TPM (Ahmad Zahid). Itu susah," katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645668/berita/nasional/saya-mudah-untuk-disiasat-kerana-kerajaan-ada-kuasa---tun-m

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #TunDrMahathir
Disyorkan